MINIT MESYUARAT
MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA KK SERI ISKANDAR
BIL. 1/ 2020
TARIKH :
10 MAC 2020
MASA :
3.00 PETANG
TEMPAT :
BILIK MESYUARAT KLINIK KESIHATAN SERI ISKANDAR
KEHADIRAN
:
Dr Khairol Nur
Adli Bin Azam Shah -
Pegawai Perubatan UD44
Pn Marrina
Binti Taharim -
Ketua Jururawat Kesihatan U32
Cik Siti Nur
Umi Aminah Binti Zainal Bahri -
Pegawai Farmasi
Pn Nurmarzmien
Binti Mohamed -
Juruteknologi Makmal Perubatan U32(KUP)
En Azraie Ikram
Bin Md Esa -
Penolong Pegawai Farmasi U29
En Hairul Nizam
Bin Mohamad -
Penolong Pegawai Perubatan U29
1. ALUAN PENGERUSI
1.2 Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan turut
merakamkan ucapan terima kasih di atas kehadiran ahli / kakitangan bagi
kehadiran mesyuarat jawatankuasa EKSA KK Seri Iskandar.
1.3 Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan
pengesahan minit mesyuarat yang lepas yang telah disahkan oleh En. Azraie Ikram
Bin Md Isa dan disokong oleh Puan Marrina Binti Taharim.
Tindakan :
Makluman
2 PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN
2.2 PERUBAHAN PELANTIKAN JAWATAN KUASA
2.2.1 Tuan Pengerusi telah mencadangkan perubahan
lantikan Jawatan Kuasa Promosi akan diketuai oleh Cik Siti Nur Umi Aminah Binti
Zainal Bahri dan Jawatan Kuasa IT digantikan dengan En. Muhammad Iqmal Rezza
Bin Saleh. Perubahan lantikan ini telah dipersetujui oleh semua yang hadir.
Surat lantikan akan menyusul kemudian.
Tindakan : Makluman
2.3 PERSON INCHARGE (PIC)
2.3.1 Tuan Pengerusi memberitahu sekiranya terdapat
perubahan kepada PIC dimana - mana bahagian ianya adalah mengikut kesesuaian
keadaan dan PIC itu sendiri.
Tindakan : Makluman
2.3.2
Menurut
Tuan Pengerusi lagi, edaran label ‘alat tulis’ , ‘dokumen’ dan peribadi telah
dibuat, akan tetapi masih ada unit - unit yang belum menampal label - label
tersebut dengan sepenuhnya. Tuan Pengerusi meminta bantuan JK EKSA dan PIC
untuk memastikan pelaksanaan dijalankan. Puan Nurmarzmien mencadangkan agar
menyiapkan label - label PIC terlebih dahulu agar kakitangan sedar dan tahu
tanggungjawab masing - masing sebagai PIC.
Tindakan
: JK EKSA dan PIC Unit
2.3.3
Cik
Siti Nur Umi Aminah telah membangkitkan isu pengambilan gambar setiap PIC. Tuan
Pengerusi telah mencadangkan untuk memanggil setiap PIC untuk naik ke bilik
mesyuarat KKSI bagi tujuan pengambilan gambar ini pada sebelah petang dan
dibuat di dalam masa 2 hari berturut. Akan tetapi terdapat cadangan dari Cik
Umi untuk pergi ke setiap unit untuk mengambil gambar PIC - PIC ini. Cadangan
Cik Umi telah mendapat sokongan semua JK yang hadir mesyuarat ini.
Tindakan : JK Promosi
2.3.4
Tuan
Pengerusi mengingatkan setiap label PIC mesti mengandungi nama PIC, jawatan PIC
dan gambar PIC. Tuan Pengerusi juga mengingatkan bahawa laminating film untuk
aktiviti EKSA boleh didapatkan di unit PKS.
Tindakan : Makluman
2.3.5
Cik
Umi juga mencadangkan selepas siap semua label PIC, PIC - PIC akan dipanggil
mengikut kumpulan untuk diberi penerangan tentang tanggungjawab dan peranan
sebagai PIC, dan aktiviti ini dianggarkan akan mengambil masa selama 2 hari.
Aktiviti ini juga boleh dimasukkan di bawah JK unit latihan EKSA.
Tindakan : JK Latihan
2.4 PENYERAGAMAN TETULANG FAIL
2.4.1 Tuan Pengerusi membangkitkan hal warna latar
belakang nombor yang terdapat pada tetulang fail untuk setiap unit haruslah
menggunakan warna yang berlainan. Tetulang juga mesti memenuhi ruangan yang
terdapat pada ruang sisi fail tersebut. Pilihan logo hati KKM juga dipilih
untuk digunapakai pada tetulang tersebut. Perlu ada perkataan Klinik Kesihatan
Seri iskandar pada bahagian atas tetulang. Penggunaan tulisan ‘Arial bold’ dan
saiz kertas latarbelakang nombor tersebut mesti 6cm dari bawah tetulang.
Tindakan : Makluman
2.4.2 Pemilihan warna latar belakang nombor tetulang
fail untuk setiap unit juga dibuat, iaitu:-
UNIT
|
WARNA
|
ZON A DAN B
|
HIJAU TERANG
|
FARMASI
|
MERAH
|
MAKMAL
|
PEACH
|
XRAY
|
BIRU LAUT
|
PSP
|
BIRU CAIR
|
PENTADBIRAN
|
JINGGA
|
FISIO
|
UNGU
|
PKS
|
PINK
|
OT
|
PUTIH
|
Tindakan : PIC unit
2.5
KERUSI
RODA
2.5.1 Tuan Pengerusi menjelaskan kepada En. Nizam
bahawa kerusi roda masih boleh ditempatkan di ruangan tepi di kawasan pintu
masuk utama klinik. Tetapi bilangan kerusi roda tersebut perlu dikurangkan
kepada 4 unit kerana ruangan itu berkongsi dengan tong pemadam api yang
sememangnya telah tersedia di tempat tersebut dari awal pembukaan bangunan. En
Nizam juga telah diingatkan untuk menyediakan tatacara penggunaan dan tatacara
peminjaman kerusi roda tersebut.
Tindakan : En.
Nizam
2.6
PELAN
LANTAI
2.6.1 Tuan Pengerusi telah membangkitkan isu tiada pelan
lantai, plan lampu, plan kecemasan dan plan tindakan keselamatan pada latihan
audit daerah yang lalu dan Tuan Pengerusi menyatakan adalah perlu plan - plan
ini diwujudkan. Cik Umi telah mencadangkan untuk meminta setiap PIC
unit/individu yang terlibat untuk memberikan lakaran kasar pelan lantai dan
pelan lampu kepada Team EKSA yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelan yang
selaras untuk semua. Cadangan ini telah dipersetujui semua.
Tindakan : JK
EKSA yang terlibat
2.7
CARTA
ORGANISASI
2.7.1 En. Ikram telah menyuarakan tentang carta
organisasi EKSA yang terdapat di laman blog adalah yang lama dan perlu
dikemaskini. Tuan Pengerusi meminta Pn. Nurmarzmien untuk membuat dan
menggantikan carta organisasi tersebut kepada yang terkini.
Tindakan : Pn.
Nurmarzmien
2.8
BLOG
EKSA KKSI
2.8.1 Tuan Pengerusi bersetuju untuk meminta En
Fildaus untuk menambah beberapa JK EKSA yang terlibat di dalam blog sebagai
Admin untuk memudahkan kerja - kerja update dan kemaskini dilakukan.
Tindakan : JK
IT
2.8.2 En. Ikram mengingatkan supaya garis panduan
EKSA diwujudkan di dalam ruangan blog EKSA KKSI.
Tindakan :
Makluman
2.8.3 Tuan Pengerusi juga mengingatkan bahawa sudut
EKSA adalah menggunakan blog EKSA ini juga.
Tindakan :
Makluman
2.8.4 Cik Umi juga telah mengingatkan kepentingan
memasukkan gambar - gambar sebelum dan sesudah di dalam blog.
Tindakan :
Makluman
2.9
SEBARAN
2.9.1 Tuan Pengerusi mengingatkan sebaran dasar dan
objektif EKSA perlu dibuat. Cik Umi mencadangkan agar dasar dan objektif
tersebut dibuat salinan bersaiz kecil agar boleh dimuatkan di ruangan belakang
tag nama setiap kakitangan KKSI.
Tindakan : JK
Promosi
2.10
PERKARA
LAIN
2.10.1 Tuan Pengerusi memberitahu bahawa akan ada
lawatan audit Pensijilan Semula / Baru. Diharapkan segala aktiviti EKSA ini
telah siap sepenuhnya pada lawatan audit tersebut.
Tindakan :
Makluman
2.10.2 Tuan Pengerusi juga telah menyebut mengenai
Dana EKSA. Hal ini akan dibincangkan pada mesyuarat yang akan datang.
Tindakan :
Makluman
3.0
PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang
dengan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang hadir.
Disediakan oleh : Disemak oleh:
_____________________________ _____________________________
(NURMARZMIEN
BINTI MOHAMED) (DR KHAIROL NUR ADLI
BIN AZAM SHAH)
Tarikh : 10
APRIL 2020 Tarikh : 16
APRIL 2020