Showing posts with label Aktiviti EKSA. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti EKSA. Show all posts

Wednesday, August 12, 2020

Gotong-royong Mengemaskan Stor OPD

Pada 11 Julai 2020, telah diadakan satu gotong-royong oleh staf OPD untuk membersih dan menyusun perkakasan di dalam stor OPD. Barang-barang di dalam stor ini adalah gabungan dari stok Klinik Komuniti 1 Malaysia yang telah dipindahkan ke sini. Gotong-royong ini telah diketuai oleh PPP Khairul Nizam beserta semua PPP OPD. Mereka mengambil masa hampir 3 jam untuk menyusun barang-barang di dalam stor tersebut.








Tuesday, August 11, 2020

Gotong-royong Menghasilkan Kotak Kitar Semula (Recycle Bin)

Ahli jawatankuasa EKSA telah bekerjasama untuk menghasilkan kotak kitar semula Zon Sapphire. Kotak ini dihasilkan dengan menggunakan kotak ubat terpakai yang telah dibalut dengan menggunakan kertas pembalut. Kotak kitar semula ini akan diletakkan di sudut kitar semula di sebelah lif aras bawah.








Tuesday, July 21, 2020

Arahan Parkir Kenderaan Secara Mengundur

Semua zon EKSA di bawah PKD Perak Tengah di minta mengamalkan amalan parkir kenderaan secara mengundur. Panda tanda arahan tersebut akan di pasang sedikit masa lagi di kawasan parkir Zon Sapphire. Semua staf di minta mematuhi arahan berkenaan bermula 22/7/2020 (Rabu) walaupun papan tanda arahan tersebut masih belum di pasang. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ketua Zon Sapphire, Dr Khairol Nor Adli melalui mesej di kumpulan Whatsapp KKSI.

Tinjauan pada pagi ini mendapati staf Zon Sapphire telah mula mematuhi arahan untuk parkir secara mengundur.
Syabas untuk semua!!!


Contoh papan tanda arahan di PKD Perak Tengah





Monday, July 20, 2020

Taklimat dan Demo Memadam Kebakaran

Satu taklimat dan demo memadam kebakaran telah diadakan pada 14 Julai 2020 bertempat di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Seri Iskandar.Taklimat dan demo ini telah dijayakan oleh oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Tuan Zaiful Affendi bin Ahmad beserta dua orang anggota bomba.
Selepas taklimat diadakan selama kira-kira 1 jam, Tuan Zaiful Affendi beserta ahli Jawatankuasa Tindakan Kebakaran Klinik Kesihatan Seri Iskandar, diketuai oleh Dr Zarina bt Baharin telah melawat bangunan klinik dan persekitaran untuk melihat ketersediaan klinik dalam menghadapi kebakaran.
Demo memadam kebakaran telah diadakan di ruang meletak kenderaan selepas sesi lawatan. Staf klinik telah di beri peluang untuk menggunakan alat pemadam api selepas demo diberikan.Sesi demo berakhir pada jam 5.15 petang.








                   
















Wednesday, February 12, 2020

AKTIVITI BERKUMPULAN BAGI MENYIAPKAN LABEL EKSA


Staff unit PKS bersama-sama menyiapkan label ' JIMATKAN ELEKTRIK ' .


Bagi memastikan semuanya seragam, label meja juga disiapkan secara bersama.


Double sided tape nipis digunakan bagi memperkemaskan lagi label apabila dilekatkan.


Bagi memastikan ianya tahan lama, kami menggunakan mesin laminate terlebih dahulu.

😊😊😊😊😊

Pengiktirafan dan Sumbangan

3 unit telah di beri pengiktirafan oleh JK EKSA Zon mengikut kategori yang telah ditetapkan. Juri teridiri daripada Ketua Zon, Dr Khairol Nu...