Tuesday, April 28, 2020

GOTONG-ROYONG EKSA ZON SAPPHIRE

GOTONG-ROYONG EKSA
TARIKH: 3.4.2020
MASA: 8PAGI-12T/HARI

Gambar P.I.C.untuk bilik dan ruang


Penyediaan Tetulang Fail Mengikut Ukuran Yang Betul


Penyediaan Tetulang Fail


Proses Memasukkan Tetulang Fail


Penyediaan Muka Hadapan Dan Tetulang File


Mengemas Bilik Utili Bersih Zon A


Menyediakan Label Kabinet


Sisih Dan Susun Kabinet Zon B


Mengemas Rak Almari Zon B
(Ruang Pemeriksaan Anthropometri)


Bekerjasama Mengalihkan Rak Almari 
Untuk Dijadikan Ruang Pameran Penghargaan


Mengalihkan Rak Almari


Masih Lagi Berusaha Mengalihkan Rak Almari



Monday, April 27, 2020

MINIT MESYUARAT MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA KK SERI ISKANDAR BIL. 1/ 2020


MINIT MESYUARAT
MESYUARAT JAWATANKUASA EKSA KK SERI ISKANDAR
BIL. 1/ 2020

TARIKH : 10 MAC 2020
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT KLINIK KESIHATAN SERI ISKANDAR

KEHADIRAN :
Dr Khairol Nur Adli Bin Azam Shah                  - Pegawai Perubatan UD44
Pn Marrina Binti Taharim                                  - Ketua Jururawat Kesihatan U32
Cik Siti Nur Umi Aminah Binti Zainal Bahri       - Pegawai Farmasi
Pn Nurmarzmien Binti Mohamed                      - Juruteknologi Makmal Perubatan U32(KUP)
En Azraie Ikram Bin Md Esa                             - Penolong Pegawai Farmasi U29
En Hairul Nizam Bin Mohamad                         - Penolong Pegawai Perubatan U29

1.     ALUAN PENGERUSI
1.2  Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan turut merakamkan ucapan terima kasih di atas kehadiran ahli / kakitangan bagi kehadiran mesyuarat jawatankuasa EKSA KK Seri Iskandar.
1.3  Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan pengesahan minit mesyuarat yang lepas yang telah disahkan oleh En. Azraie Ikram Bin Md Isa dan disokong oleh Puan Marrina Binti Taharim.
Tindakan : Makluman

2       PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN
2.2   PERUBAHAN PELANTIKAN JAWATAN KUASA
2.2.1    Tuan Pengerusi telah mencadangkan perubahan lantikan Jawatan Kuasa Promosi akan diketuai oleh Cik Siti Nur Umi Aminah Binti Zainal Bahri dan Jawatan Kuasa IT digantikan dengan En. Muhammad Iqmal Rezza Bin Saleh. Perubahan lantikan ini telah dipersetujui oleh semua yang hadir. Surat lantikan akan menyusul kemudian.
                                                                                                                                                  Tindakan : Makluman


2.3   PERSON INCHARGE (PIC)
2.3.1    Tuan Pengerusi memberitahu sekiranya terdapat perubahan kepada PIC dimana - mana bahagian ianya adalah mengikut kesesuaian keadaan dan PIC itu sendiri.
                                                                                                                                                                      Tindakan : Makluman

2.3.2    Menurut Tuan Pengerusi lagi, edaran label ‘alat tulis’ , ‘dokumen’ dan peribadi telah dibuat, akan tetapi masih ada unit - unit yang belum menampal label - label tersebut dengan sepenuhnya. Tuan Pengerusi meminta bantuan JK EKSA dan PIC untuk memastikan pelaksanaan dijalankan. Puan Nurmarzmien mencadangkan agar menyiapkan label - label PIC terlebih dahulu agar kakitangan sedar dan tahu tanggungjawab masing - masing sebagai PIC.
                                                                                                                                         Tindakan : JK EKSA dan PIC Unit

2.3.3    Cik Siti Nur Umi Aminah telah membangkitkan isu pengambilan gambar setiap PIC. Tuan Pengerusi telah mencadangkan untuk memanggil setiap PIC untuk naik ke bilik mesyuarat KKSI bagi tujuan pengambilan gambar ini pada sebelah petang dan dibuat di dalam masa 2 hari berturut. Akan tetapi terdapat cadangan dari Cik Umi untuk pergi ke setiap unit untuk mengambil gambar PIC - PIC ini. Cadangan Cik Umi telah mendapat sokongan semua JK yang hadir mesyuarat ini.
                                                                                                                                                                      Tindakan : JK Promosi

2.3.4    Tuan Pengerusi mengingatkan setiap label PIC mesti mengandungi nama PIC, jawatan PIC dan gambar PIC. Tuan Pengerusi juga mengingatkan bahawa laminating film untuk aktiviti EKSA boleh didapatkan di unit PKS.
                                                                                                                                                                      Tindakan : Makluman

2.3.5    Cik Umi juga mencadangkan selepas siap semua label PIC, PIC - PIC akan dipanggil mengikut kumpulan untuk diberi penerangan tentang tanggungjawab dan peranan sebagai PIC, dan aktiviti ini dianggarkan akan mengambil masa selama 2 hari. Aktiviti ini juga boleh dimasukkan di bawah JK unit latihan EKSA.
                                                                                                                                                                      Tindakan : JK Latihan
                                                                                                                
2.4   PENYERAGAMAN TETULANG FAIL
2.4.1    Tuan Pengerusi membangkitkan hal warna latar belakang nombor yang terdapat pada tetulang fail untuk setiap unit haruslah menggunakan warna yang berlainan. Tetulang juga mesti memenuhi ruangan yang terdapat pada ruang sisi fail tersebut. Pilihan logo hati KKM juga dipilih untuk digunapakai pada tetulang tersebut. Perlu ada perkataan Klinik Kesihatan Seri iskandar pada bahagian atas tetulang. Penggunaan tulisan ‘Arial bold’ dan saiz kertas latarbelakang nombor tersebut mesti 6cm dari bawah tetulang.
                                                                                                                                                                      Tindakan : Makluman

2.4.2    Pemilihan warna latar belakang nombor tetulang fail untuk setiap unit juga dibuat, iaitu:-
UNIT
WARNA
ZON A DAN B
HIJAU TERANG
FARMASI
MERAH
MAKMAL
PEACH
XRAY
BIRU LAUT
PSP
BIRU CAIR
PENTADBIRAN
JINGGA
FISIO
UNGU
PKS
PINK
OT
PUTIH

                                                                                                                                                                      Tindakan : PIC unit

2.5   KERUSI RODA
2.5.1    Tuan Pengerusi menjelaskan kepada En. Nizam bahawa kerusi roda masih boleh ditempatkan di ruangan tepi di kawasan pintu masuk utama klinik. Tetapi bilangan kerusi roda tersebut perlu dikurangkan kepada 4 unit kerana ruangan itu berkongsi dengan tong pemadam api yang sememangnya telah tersedia di tempat tersebut dari awal pembukaan bangunan. En Nizam juga telah diingatkan untuk menyediakan tatacara penggunaan dan tatacara peminjaman kerusi roda tersebut.
Tindakan : En. Nizam 
2.6   PELAN LANTAI
2.6.1    Tuan Pengerusi telah membangkitkan isu tiada pelan lantai, plan lampu, plan kecemasan dan plan tindakan keselamatan pada latihan audit daerah yang lalu dan Tuan Pengerusi menyatakan adalah perlu plan - plan ini diwujudkan. Cik Umi telah mencadangkan untuk meminta setiap PIC unit/individu yang terlibat untuk memberikan lakaran kasar pelan lantai dan pelan lampu kepada Team EKSA yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelan yang selaras untuk semua. Cadangan ini telah dipersetujui semua.
Tindakan : JK EKSA yang terlibat

2.7   CARTA ORGANISASI
2.7.1    En. Ikram telah menyuarakan tentang carta organisasi EKSA yang terdapat di laman blog adalah yang lama dan perlu dikemaskini. Tuan Pengerusi meminta Pn. Nurmarzmien untuk membuat dan menggantikan carta organisasi tersebut kepada yang terkini.
Tindakan : Pn. Nurmarzmien


2.8   BLOG EKSA KKSI
2.8.1    Tuan Pengerusi bersetuju untuk meminta En Fildaus untuk menambah beberapa JK EKSA yang terlibat di dalam blog sebagai Admin untuk memudahkan kerja - kerja update dan kemaskini dilakukan.
Tindakan : JK IT

2.8.2    En. Ikram mengingatkan supaya garis panduan EKSA diwujudkan di dalam ruangan blog EKSA KKSI.
Tindakan : Makluman

2.8.3    Tuan Pengerusi juga mengingatkan bahawa sudut EKSA adalah menggunakan blog EKSA ini juga.
Tindakan : Makluman

2.8.4    Cik Umi juga telah mengingatkan kepentingan memasukkan gambar - gambar sebelum dan sesudah di dalam blog.
Tindakan : Makluman

2.9   SEBARAN
2.9.1    Tuan Pengerusi mengingatkan sebaran dasar dan objektif EKSA perlu dibuat. Cik Umi mencadangkan agar dasar dan objektif tersebut dibuat salinan bersaiz kecil agar boleh dimuatkan di ruangan belakang tag nama setiap kakitangan KKSI.
Tindakan : JK Promosi

2.10         PERKARA LAIN
2.10.1 Tuan Pengerusi memberitahu bahawa akan ada lawatan audit Pensijilan Semula / Baru. Diharapkan segala aktiviti EKSA ini telah siap sepenuhnya pada lawatan audit tersebut.
Tindakan : Makluman

2.10.2 Tuan Pengerusi juga telah menyebut mengenai Dana EKSA. Hal ini akan dibincangkan pada mesyuarat yang akan datang.
Tindakan : Makluman

3.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang dengan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang hadir.

Disediakan oleh :                                                         Disemak oleh:                                                                                  
                                              

_____________________________                       _____________________________
(NURMARZMIEN BINTI MOHAMED)             (DR KHAIROL NUR ADLI BIN AZAM SHAH)
       Tarikh : 10 APRIL 2020                                                 Tarikh : 16 APRIL 2020
                                 

CARTA ORGANISASI EKSA ZON SAPPHIRE 2020





Pengiktirafan dan Sumbangan

3 unit telah di beri pengiktirafan oleh JK EKSA Zon mengikut kategori yang telah ditetapkan. Juri teridiri daripada Ketua Zon, Dr Khairol Nu...