Friday, July 24, 2020

Kempen Mengemas Ruang Kerja Sebelum Pulang

JK Promosi telah mengedarkan tag arahan untuk semua staf mengemaskan ruang kerja 5 minit sebelum pulang.
Tag ini perlu dilekatkan di atas meja kerja setiap staf. Semua staf adalah diharapakan dapat mematuhi arahan ini bagi memastikan ruang kerja sentiasa kemas dan bersih.



Reka bentuk tag


Contoh tag yang dilekatkan di atas meja

Tuesday, July 21, 2020

Arahan Parkir Kenderaan Secara Mengundur

Semua zon EKSA di bawah PKD Perak Tengah di minta mengamalkan amalan parkir kenderaan secara mengundur. Panda tanda arahan tersebut akan di pasang sedikit masa lagi di kawasan parkir Zon Sapphire. Semua staf di minta mematuhi arahan berkenaan bermula 22/7/2020 (Rabu) walaupun papan tanda arahan tersebut masih belum di pasang. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ketua Zon Sapphire, Dr Khairol Nor Adli melalui mesej di kumpulan Whatsapp KKSI.

Tinjauan pada pagi ini mendapati staf Zon Sapphire telah mula mematuhi arahan untuk parkir secara mengundur.
Syabas untuk semua!!!


Contoh papan tanda arahan di PKD Perak Tengah





Promosi Blog EKSA

Bagi memudahkan staf melayari blog Zon Sapphire mendapatkan maklumat dan hebahan mengenai aktivi EKSA zon, JK Promosi telah mengedarkan tag yang mengandungi url blog. Semua PIC di minta untuk menampal tag tersebut di komputer di bawah kawasan selian.

Muat turun di sini : https://docs.google.com/document/d/e/2PACX-1vSEd4KaUbHaWbTzxpAOGycbbIPmThmFJ70H5ql20uRMHBcGEufW7uSPWEWYDeOKGQ/pub



Monday, July 20, 2020

Taklimat dan Demo Memadam Kebakaran

Satu taklimat dan demo memadam kebakaran telah diadakan pada 14 Julai 2020 bertempat di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Seri Iskandar.Taklimat dan demo ini telah dijayakan oleh oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Tuan Zaiful Affendi bin Ahmad beserta dua orang anggota bomba.
Selepas taklimat diadakan selama kira-kira 1 jam, Tuan Zaiful Affendi beserta ahli Jawatankuasa Tindakan Kebakaran Klinik Kesihatan Seri Iskandar, diketuai oleh Dr Zarina bt Baharin telah melawat bangunan klinik dan persekitaran untuk melihat ketersediaan klinik dalam menghadapi kebakaran.
Demo memadam kebakaran telah diadakan di ruang meletak kenderaan selepas sesi lawatan. Staf klinik telah di beri peluang untuk menggunakan alat pemadam api selepas demo diberikan.Sesi demo berakhir pada jam 5.15 petang.








                   
















Pengiktirafan dan Sumbangan

3 unit telah di beri pengiktirafan oleh JK EKSA Zon mengikut kategori yang telah ditetapkan. Juri teridiri daripada Ketua Zon, Dr Khairol Nu...