Monday, July 20, 2020

Taklimat dan Demo Memadam Kebakaran

Satu taklimat dan demo memadam kebakaran telah diadakan pada 14 Julai 2020 bertempat di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Seri Iskandar.Taklimat dan demo ini telah dijayakan oleh oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Tuan Zaiful Affendi bin Ahmad beserta dua orang anggota bomba.
Selepas taklimat diadakan selama kira-kira 1 jam, Tuan Zaiful Affendi beserta ahli Jawatankuasa Tindakan Kebakaran Klinik Kesihatan Seri Iskandar, diketuai oleh Dr Zarina bt Baharin telah melawat bangunan klinik dan persekitaran untuk melihat ketersediaan klinik dalam menghadapi kebakaran.
Demo memadam kebakaran telah diadakan di ruang meletak kenderaan selepas sesi lawatan. Staf klinik telah di beri peluang untuk menggunakan alat pemadam api selepas demo diberikan.Sesi demo berakhir pada jam 5.15 petang.








                   
















No comments:

Post a Comment

Pengiktirafan dan Sumbangan

3 unit telah di beri pengiktirafan oleh JK EKSA Zon mengikut kategori yang telah ditetapkan. Juri teridiri daripada Ketua Zon, Dr Khairol Nu...