Wednesday, August 12, 2020

Mempelbagaikan Penggunaan Bahan Terpakai

Penggunaan semula bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan dapat membantu mengurangkan sisa pepejal dan memelihara sumber asli semulajadi. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. 

Kotak terpakai digunakan sebagai perumah untuk wayar komputer
Unit Farmasi - kotak terpakai digunakan sebagai perumah untuk wayar komputer

Unit Farmasi - kotak terpakai diubahsuai menjadi tempat meletak alat tulis dan label ubat



Unit Farmasi - kotak terpakai dijadikan perumah bagi wayar komputer dan tempat meletak telefon

Unit Farmasi -  Kotak ubat digunakan sebagai bekas meletak preskripsi dan syringe



Unit Makmal - Kotak terpakai diubahsuai menjadi rak pelbagaiguna

Unit Makmal - Kotak terpakai dijadikan tempat meletak barcode roll


Unit Makmal - kotak terpakai dijadikan kotak wayar

Lobi Utama - kotak ubat dijadikan sebgai kotak kitar semula


Unit PKS - kotak terpakai dijadikan sebagai kotak wayar

Unit PKS - kotak terpakai dijadikan kotak meletak kasut

Unit PKS - botol kosong dan kotak terpakai dijadikan tempat meletak payung

Tuesday, August 11, 2020

Gotong-royong Menghasilkan Kotak Kitar Semula (Recycle Bin)

Ahli jawatankuasa EKSA telah bekerjasama untuk menghasilkan kotak kitar semula Zon Sapphire. Kotak ini dihasilkan dengan menggunakan kotak ubat terpakai yang telah dibalut dengan menggunakan kertas pembalut. Kotak kitar semula ini akan diletakkan di sudut kitar semula di sebelah lif aras bawah.








Friday, July 24, 2020

Kempen Mengemas Ruang Kerja Sebelum Pulang

JK Promosi telah mengedarkan tag arahan untuk semua staf mengemaskan ruang kerja 5 minit sebelum pulang.
Tag ini perlu dilekatkan di atas meja kerja setiap staf. Semua staf adalah diharapakan dapat mematuhi arahan ini bagi memastikan ruang kerja sentiasa kemas dan bersih.



Reka bentuk tag


Contoh tag yang dilekatkan di atas meja

Tuesday, July 21, 2020

Arahan Parkir Kenderaan Secara Mengundur

Semua zon EKSA di bawah PKD Perak Tengah di minta mengamalkan amalan parkir kenderaan secara mengundur. Panda tanda arahan tersebut akan di pasang sedikit masa lagi di kawasan parkir Zon Sapphire. Semua staf di minta mematuhi arahan berkenaan bermula 22/7/2020 (Rabu) walaupun papan tanda arahan tersebut masih belum di pasang. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ketua Zon Sapphire, Dr Khairol Nor Adli melalui mesej di kumpulan Whatsapp KKSI.

Tinjauan pada pagi ini mendapati staf Zon Sapphire telah mula mematuhi arahan untuk parkir secara mengundur.
Syabas untuk semua!!!


Contoh papan tanda arahan di PKD Perak Tengah





Promosi Blog EKSA

Bagi memudahkan staf melayari blog Zon Sapphire mendapatkan maklumat dan hebahan mengenai aktivi EKSA zon, JK Promosi telah mengedarkan tag yang mengandungi url blog. Semua PIC di minta untuk menampal tag tersebut di komputer di bawah kawasan selian.

Muat turun di sini : https://docs.google.com/document/d/e/2PACX-1vSEd4KaUbHaWbTzxpAOGycbbIPmThmFJ70H5ql20uRMHBcGEufW7uSPWEWYDeOKGQ/pub



Monday, July 20, 2020

Taklimat dan Demo Memadam Kebakaran

Satu taklimat dan demo memadam kebakaran telah diadakan pada 14 Julai 2020 bertempat di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan Seri Iskandar.Taklimat dan demo ini telah dijayakan oleh oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Tuan Zaiful Affendi bin Ahmad beserta dua orang anggota bomba.
Selepas taklimat diadakan selama kira-kira 1 jam, Tuan Zaiful Affendi beserta ahli Jawatankuasa Tindakan Kebakaran Klinik Kesihatan Seri Iskandar, diketuai oleh Dr Zarina bt Baharin telah melawat bangunan klinik dan persekitaran untuk melihat ketersediaan klinik dalam menghadapi kebakaran.
Demo memadam kebakaran telah diadakan di ruang meletak kenderaan selepas sesi lawatan. Staf klinik telah di beri peluang untuk menggunakan alat pemadam api selepas demo diberikan.Sesi demo berakhir pada jam 5.15 petang.








                   
















Monday, May 4, 2020

Mock Audit bersempena Kursus Juruaudit EKSA

Pada 5-6 Mac 2020, telah diadakan Kursus Juruaudit EKSA PKD Perak Tengah bertempat di Bilik Seminar, PKD Perak Tengah. Kursus ini telah dikendalikan oleh fasilitator EKSA PKD Perak Tengah iaitu Cik Izi. Satu mock audit telah dilaksanankan di Zon Sapphire oleh semua auditor untuk memberi pendedahan secara hands-on. Laporan audit ini telah dibentangkan pada hari kedua kursus dan diserahkan kepada ketua Zon Sapphire, Dr Khairol Nur Adli bagi perlaksanaan tindakan pembetulan.



Kumpulan 5

 



Kumpulan 4






Kumpulan 2


Pengiktirafan dan Sumbangan

3 unit telah di beri pengiktirafan oleh JK EKSA Zon mengikut kategori yang telah ditetapkan. Juri teridiri daripada Ketua Zon, Dr Khairol Nu...